COVID-19: Lima tumpuan utama kenyataan media KKM

Astro Awani
November 14, 2020 11:13 MYT
Dua kematian baharu dicatatkan di Sabah melibatkan wanita berusia 78 tahun dan lelaki berusia 51 tahun. - Gambar hiasan
EMPAT kluster baharu COVID-19 dikesan pada Sabtu manakala dua lagi kluster diisytiharkan tamat.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia.
1. Sebanyak 1,114 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif 46,209 kes.
2. Sabah masih lagi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu COVID-19 dengan 391 kes.
3. 803 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif pulih sebanyak 33,772 kes.
4. Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Bemban diisytiharkan tamat.
5. Dua kematian baharu dicatatkan di Sabah melibatkan wanita berusia 78 tahun dan lelaki berusia 51 tahun.
BACA: COVID-19: 1,114 kes baharu, dua lagi kematian direkodkan
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #kluster baru #kluster tamat #Kementerian Kesihatan