COVID-19: Lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan hari ini

Hilmi Malik
Oktober 11, 2020 18:16 MYT
Lima perkara penting disampaikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 674 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 583 daripada mereka dikompaun.
Berikut lima perkara penting dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
1. Seramai 674 individu ditahan, 583 dikompaun kerana ingkar PKPP.
2. Sebanyak 270 kertas siasatan dibuka berhubung penularan berita palsu COVID-19.
3. PKPD di Taman Khazanah dan PPR Mutiara Kasih berkuat kuasa bermula 13 hingga 26 Oktober.
4. PKPB di Daerah Kota Belud Sabah berkuat kuasa bermula 13 hingga 26 Oktober.
5. Seramai 80 PATI ditahan menerusi Op Benteng.
#PKPB #PKPP #PKPD #COVID-19 #pati #PDRM #ismail sabri yaakob #tumpuan utama #lima perkara
;