COVID-19: Lima perkara penting sidang media Dr Noor Hisham Abdullah hari ini
Firdaus Azil
Julai 30, 2020 18:18 MYT
Julai 30, 2020 18:18 MYT
Tiada keperluan untuk menutup sekolah serta tadika di Sabah dan Kedah, walaupun ada murid yang dijangkiti COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang media harian Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya hari ini, beliau berkata beberapa langkah susulan telah diambil bagi memastikan penularan di kawasan berkenaan dapat dikekang.
Berikut merupakan lima perkara penting diumumkan pada sidang media hari ini.
1. Lima kes telah pulih COVID-19 sepenuhnya, menjadikan jumlah kumulatif pulih kepada 8,617 kes.
2. Lapan kes baharu dicatat sehingga semalam, menjadikan jumlah aktif kebolehjangkitan menjadi 223 kes.
3. Daripada lapan kes baharu, tiga merupakan kes import, manakala lima lagi melibatkan penularan di kalangan warga negara Malaysia
4. Tiada kematian baharu dicatatkan dan jumlah kes memerlukan rawatan rapi adalah sebanyak tiga kes.
5. KKM tidak akan menutup sekolah atau tadika tertentu di Kedah dan Sabah walaupun ada kes melibatkan murid sekolah.
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#lima perkara penting
#listicle
#Media
#Putrajaya
#sekolah