COVID-19: Lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham Abdullah hari ini
Astro Awani
Ogos 24, 2020 17:22 MYT
Ogos 24, 2020 17:22 MYT
Sebanyak tujuh kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 9,274 kes.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia.
Lima kes lagi adalah penularan dalam negara di Sarawak melibatkan dua rakyat Malaysia dan tiga bukan warganegara.
Berikut merupakan lima perkara penting diumumkan dalam kenyataan media hari ini:
1. Tujuh kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 9,274 kes.
2. Dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia. Lima kes pula adalah penularan dalam negara melibatkan dua rakyat Malaysia dan tiga bukan warganegara.
3. Tiada kes baharu dalam Kluster Tawar dilaporkan hari ini.
4. Enam kes pulih COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 8,965 kes.
5. Tiada pertambahan kes kematian melibatkan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 125 kes.
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Filipina
#Kluster Tawar
#Kuala Lumpur
#Sarawak