COVID-19: Lima perkara penting kenyataan Dr Noor Hisham hari ini

Umavathi Ramayah
September 10, 2020 17:27 MYT
Dr Noor Hisham berkata, daripada 45 kes baharu, hanya satu kes import. -Gambar fail
Kes positif COVID-19 baharu di Malaysia kekal dua angka, dua hari berturut-turut dengan 45 kes dilaporkan pada Khamis, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.
Berikut adalah lima perkara penting yang dinyatakan beliau pada sidang media berkaitan COVID-19 hari ini (10 September 2020):
1. Sebanyak 24 kes pulih COVID-19 sepenuhnya direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 9,167 kes.
2. Sebanyak 45 kes baharu dicatat sehingga pukul 12 tengah hari Khamis, dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan menjadi 333 kes.
3. Daripada 45 kes baharu, hanya satu kes import.
4. Tiada kematian baharu dicatatkan, ia kekal 128 kes atau 1.33 peratus daripada keseluruhan kes.
5. Sebanyak 40 kes melibatkan Kluster Benteng LD direkodkan dengan empat kes di Kedah.
#COVID-19 #kesihatan #lima pekrara penting #Malaysia #Noor Hisham Abdullah #perkembangan covid-19 #Sidang media #unit rawatan rapi
;