COVID-19: Lima kluster baharu dikenal pasti

Hilmi Malik
Januari 4, 2021 19:32 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti pertambahan lima kluster baharu.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan sebanyak lima kluster baharu.
Berikut perincian bagi setiap kluster berkenaan:
1. KLUSTER JALAN DUYONG
* Melibatkan daerah Klang, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 31 Disember melalui saringan bersasar sebauh syarikat.
* 536 individu disaring, 110 kes positif.
2. KLUSTER PASAR JALAN SENTOSA
* Melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 3 Januari hasil saringan individu bergejala.
* 293 individu disaring, 61 positif
3. KLUSTER JALAN NAKHODA
* Melibatkan daerah Pontian (Johor)
* Kes dilapor positif pada 18 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja
* 152 disaring, 28 positif
4. KLUSTER EHSAN IBOL
* Melibatkan daerah Hulu Perak, Larut, Matang, dan Selama di Perak serta daerah Gombak, Selangor.
* Kes dilapor positif pada 31 Disember hasil saringan individu bergejala.
* 40 individu disaring, 22 positif.
5 KLUSTER TELOK MAS
* Melibatkan daerah Melaka tengah, Melaka
* Kes dilapor positif pada 1 Januari hasil saringan individu bergejala
* 33 individu disaring, 13 positif.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
#KKM #COVID-19 #kes positif #Kluster baharu #Dr Noor Hisham Abdullah
;