COVID-19: Lebih 90 peratus kes positif tiada sejarah vaksinasi - Dr Noor Hisham

Nursyazwani Saiful Sham
September 8, 2021 09:16 MYT
Lebih 90 peratus daripada keseluruhan kes positif COVID-19 yang direkodkan seluruh negara adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lebih 90 peratus daripada keseluruhan 1.88 juta kes positif COVID-19 yang direkodkan seluruh negara adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian terbaharu di Twitter beliau.
"Daripada keseluruhan 1,880,734 kes positif, 1,721,274 kes atau 91.5 peratus adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah atau tidak lengkap divaksin.
"Daripada jumlah itu, 1.44 juta kes atau 76.7 peratus merupakan mereka yang tiada sejarah vaksinasi manakala 280,069 kes atau 14.9 peratus terdiri adalah mereka yang tidak lengkap divaksinasi," katanya.

Sehingga 7 September 2021, drp 1,880,734 kes positif COVID-19: 1,721,274 (91.5 %) terdiri drp mereka yg tiada sejarah/tidak lengkap divaksin [1,441,205 (76.6 %) terdiri drp mereka yg tiada sejarah vaksinasi & 280,069 (14.9 %) terdiri drp mereka yg tidak lengkap divaksinasi]; pic.twitter.com/NlJNN8bss1

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut berkongsikan data berhubung mereka yang mempunyai sejarah vaksinasi lengkap, iaitu sebanyak 159,460 kes atau 8.5 peratus.
Sementara itu, bagi kes harian pula, berdasarkan kes harian pada Selasa, daripada 18,547 kes baharu, 98.34 peratus adalah kategori 1 dan 2.
Daripada jumlah itu, 66.8 peratus tiada vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi.

159,460 kes (8.5 %) ada sejarah vaksinasi lengkap. Drp 18,547 kes harian yg pada hari ini (7/9/2021); Kategori 3, 4 & 5 : 308 kes, 1.66% (77.6% tiada vaksinasi/tidak lengkap vaksinasi) Kategori 1 & 2: 18,239 kes, 98.34% (66.8% tiada vaksinasi/tidak lengkap vaksinasi)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala 308 kes atau 1.66 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 atau 1.66 peratus. Daripada jumlah itu, 77.6 peratus tiada vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi.
"Daripada 308 kes kategori 3-5, 239 kes (77.6 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 69 kes (22.4 peratus) daripada mereka yang telah lengkap divaksinasi," katanya.

Drp 308 kes kategori 3 - 5, 239 kes (77.6 peratus) terdiri drp mereka yg tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 69 kes (22.4 peratus) daripada mereka yang telah lengkap divaksinasi.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Noor Hisham Abdullah #tiada sejarah vaksinasi #tidak lengkap divaksin #vaksin COVID-19
;