COVID-19: Lebih 4,000 kes direkodkan di Sabah hari ini

Astro Awani
Februari 12, 2022 15:34 MYT
Masidi turut menasihati orang ramai tidak mengunjungi lokasi sesak dan patuh kepada SOP ditetapkan.
KUALA LUMPUR: Sabah terus merekodkan peningkatan kes positif apabila jangkitan terbaharu direkodkan sebanyak 4,107 kes.
Jelas Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, 99.66 peratus atau 4,093 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 manakala 14 kes melibatkan Kategori 3 hingga 5.
Menerusi ciapan di Twitter, 55 peratus kes adalah simptomatik atau sporadik dan punca jangkitan tidak diketahui.
Katanya, penularan sporadik kebiasannya dijangkiti ketika berada di tempat ramai tanpa pematuhan prosedut operasi standard (SOP).
"Kota Kinabalu menyumbang kes tertinggi dengan 1,229 kes. Manakala 10 daerah lain merekodkan angka tiga digit," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai tidak mengunjungi lokasi sesak dan patuh kepada SOP ditetapkan.

12/2: another record 4,107 new cases (+746) today! High % of symptomatic cases (54.83%) can only push the number even higher in coming days. KK with massive 1229 cases (+447) + 10 districts with 3-digit cases. 4093 (99.66%) in Cat 1&2, 3 C3, 8 C4, 3 C5. Avoid crowded places.

— Masidi Manjun (@MasidiM) February 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

12/2: Jumah kes Covid baharu di Sabah hari ini ialah 4,107 kes, peningkatan 746 berbanding semalam. 55% kes simptomatik, punca jangkitan tidak diketahui (sporadik). Biasanya terjangkit semasa berada di tempat ramai atau berjumpa kawan2 tanpa mematuhi SOP. Elak ke tempat2 yg sesak

— Masidi Manjun (@MasidiM) February 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sabah #Kes positif Sabah #Masidi Manjun #penularan sporadik
;