COVID-19: Langkawi, Cameron Highlands kembali kepada zon hijau

Rahimah Abdullah
Februari 23, 2021 19:29 MYT
Cameron Highlands, Pahang dan Langkawi, Kedah adalah antara lima daerah yang direkodkan kembali kepada zon hijau. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lima daerah di beberapa negeri di Semenanjung kembali kepada zon hijau berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia.
Ia melibatkan Langkawi, Padang Terap, Cameron Highlands, Setiu dan Lipis.
Manakala, 13 daerah di Sarawak juga berada di zon hijau iaitu Limbang, Mukah, Simunjan, Lawas, Tebedu, Pusa, Asajaya, Daro, Lubok Antu, Kabong, Tanjung Manis, Marudi, dan Telang Usan.
Sementara kesemua daerah di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur merekodkan zon merah.
Manakala di Selangor, daerah Sabak Bernam berada di zon jingga dan kesemua lapan lagi daerah zon merah.

Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia dari 10hb hingga 23hb Februari 2021. Langkawi, Padang Terap, Cameron Highlands, Setiu dan Lipis di semenanjung telah bertukar ke zon hijau. Sila patuhi segala SOP. pic.twitter.com/WxoyENpUtC

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di Semenanjung, zon jingga ialah daerah Muallim, Kota Setar, Baling, Tumpat, Kuala Terengganu, Rompin, Segamat, Rembau dan Jelebu.
Zon kuning pula melibatkan daerah Kangar, Perak Tengah, Hulu Perak, Kampar, Kubang Pasu, Pendang, bandar Bahru, Sik, Bachok, Pasir Puteh, Gua Musang, Jeli, Kemaman, Kuala Nerus,Pekan, Bentong, Bera, Raub, Mersing, Tangkak, Tampin, Jempol, dan Kuala Pilah.
Selain itu, 13 zon merah, lima zon jingga dan sembilan zon kuning direkodkan di Sabah.
#COVID-19 #Malaysia #Cameron Highlands #Langkawi #zon merah #zon hijau #zon jingga #zon kuning
;