COVID-19: Langkah buka operasi ekonomi setelah ambil kira 6 kriteria WHO - Azmin

Fauzi Suhaimi
Mei 3, 2020 10:24 MYT
Azmin menegaskan majikan diwajibkan mematuhi semua SOP yang ditetapkan untuk industri. -Gambar fail
Keputusan kerajaan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi bermula esok dibuat berdasarkan kejayaan Malaysia memenuhi enam kriteria yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu juga dibuat dengan penuh tanggungjawab serta berhati-hati dengan menilai semua aspek termasuk keadaan kesihatan negara serta kedudukan ekonomi dan kewangan.
Ujar beliau, langkah itu juga dibuat selepas mendapat nasihat dan pendapat daripada pakar perubatan China yang terlibat dalam penyelidikan dan pengurusan COVID-19 di negara ini sejak dua minggu lalu selain menyifatkan Malaysia bersedia untuk memulakan semula aktiviti ekonomi.
"Keputusan ini dilihat akan memberi kesan positif terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekali gus mampu memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan langsung domestik (DDI) serta menjana prospek eksport dan memastikan kelangsungan dan pekerjaan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Kegagalan memulakan semula ekonomi akan menyebabkan penurunan pendapatan negara, kemerosotan ekonomi dan memberi kesan buruk kepada syarikat dan individu sehingga mengakibatkan sebilangan besar perniagaan terpaksa ditutup," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Ahad.

To ensure effective compliance with SOPs, comprehensive and stringent enforcement will be implemented by Federal and State enforcement agencies but success also entails "self-enforcement" by each Ministry and "community enforcement" to ensure the health and safety of the rakyat

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Governments decision as announced by PM to allow almost all economic sectors to resume operations from 4 May will have positive impact on economy and rakyats well-being, spurring GDP growth, FDI and DDI, generate export prospects and ensure SMEs sustainability and employment.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Business community must adapt to new normal. Companies highly dependent on labour need to focus more on automation and technology.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Digitalisation must be expedited to reduce human contact in business premises. Labour-intensive firms must remain diligent to ensure the protection of workers health, hygiene and safety.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula bermula 4 Mei ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama sebulan, ia akan menyebabkan KDNK menurun sebanyak RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM98 bilion.
Ini kerana jelas beliau, penurunan kadar eksport pembuatan sahaja adalah RM32 bilion untuk setiap dua minggu PKP.
"Komuniti perniagaan mesti menyesuaikan diri dengan yang normal baharu dan syarikat yang bergantung kepada tenaga kerja perlu lebih menumpukan pada digital dan teknologi," katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan semua majikan diwajibkan untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk industri.
"Kegagalan mematuhi SOP ini akan berdepan tindakan undang-undang terhadap majikan atau syarikat tersebut dan kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekiranya berlaku lonjakan kes baharu di kawasan tertentu.
"Untuk memastikan pematuhan SOP berkesan, penguatkuasaan yang komprehensif dan ketat akan dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan diperingkat persekutuan dan negeri namun, adalah lebih baik untuk kita sama-sama mendisiplinkan diri dalam mencegah penularan wabak ini," tambahnya.
#Azmin Ali #China #COVID-19 #ekonomi #KDNK #kerajaan #kesihatan #koronavirus #Malaysia #menteri #operasi #pelaburan #Perdana Menteri #perubatan #PKS #rakyat #SOP #undang-undang #WHO
;