COVID-19: Kluster Telaga di Kedah diisytihar tamat

Astro Awani
Oktober 9, 2020 20:21 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Kluster Telaga di Kedah tamat pada hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Kluster Telaga di Kedah tamat pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia susulan berakhirnya tempoh pemantauan selama 28 hari.
"Sukacita dimaklumkan, hari ini kita menamatkan Kluster Telaga setelah pemantauan dan pengawasan selama 28 hari," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 pada Jumaat.
Kluster ini melibatkan 16 kes positif COVID-19 melibatkan semua warganegara Malaysia dan tiada kes kematian dilaporkan.
Kluster Telaga melibatkan daerah Kota Setar, Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Muda dan Pokok Sena.
BACA: Kes baharu COVID-19 masih tiga digit: Ini lima tumpuan sidang media KKM
BACA: COVID-19: 6 kematian, 354 kes baharu dilaporkan hari ini
BACA: COVID-19: Tiga kluster baharu dikesan, libatkan Sabah, Perak dan Terengganu
BACA: COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Kedah #Kementerian Kesihatan #koronavirus #Malaysia #Kluster Telaga #COVID-19
;