COVID-19: Kluster Pudu berakhir, ini tumpuan kenyataan media KKM hari ini

Hasimi Muhamad
Julai 4, 2020 17:34 MYT
Kes positif COVID-19 pertama kluster ini dikesan pada 10 Mei 2020 susulan saringan COVID-19 yang telah dijalankan bagi pekerja. - Gambar fail/BERNAMA
Kes positif COVID-19 di Malaysia kembali merekodkan dua angka, pada Sabtu.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan, ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 8,658 kes.
Bagaimanapun, berita gembira dikongsi hari ini apabila kluster Pudu membabitkan kluster kediaman di Wilayah Persekutuan diumumkan berakhir.
Berikut lima tumpuan kenyataan media KKM:
1. 10 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 8,658 kes. Tujuh adalah kes import sementara tiga lagi jangkitan tempatan.
2. 15 kes telah pulih dan dibenarkan discaj. Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 8,461 kes bersamaan 97.72 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
3. Tiada kes kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kekal 121 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
4. Kluster Pudu membabitkan kluster kediaman di Wilayah Persekutuan disahkan tamat. Seramai 3,387 individu disaring dan 80 kes disahkan positif COVID-19.
5. Enam pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini didapati bergejala, 98 pengundi dirujuk ke khemah rawatan, sementara seorang dirujuk ke Klinik Kesihatan untuk rawatan lanjut
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #kes positif #kluster pudu #koronavirus #Malaysia #pilihan raya kecil #PKP #PRK DUN Chini
;