COVID-19: Kluster Penjara Kepayan penyumbang utama kes positif di Sabah

Syafik Shukri Jalil
Julai 17, 2021 17:10 MYT
Daripada keseluruhan 647 kes positif yang dilaporkan, 44.4 peratus atau 287 kes dikesan menerusi kluster sedia ada manakala 34 peratus bersamaan 220 kes hari ini dikesan menerusi kontak rapat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kluster Penjara Kepayan di Kota Kinabalu dilaporkan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19 di negeri Sabah.
Perkara itu didedahkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.
‘’Kota Kinabalu merekodkan 312 kes positif dengan 204 kes dilaporkan melibatkan Kluster Penjara Kepayan.
‘’Manakala 58 daripada 78 kes di Tawau dikesan melalui kontak rapat, 39 kes di Keningau, Kudat (35), Sandakan (33), Sipitang (25) dan Beaufort (24),’’ katanya.

17/7: Covid update Massive 647 new cases today as more test results are known. 44.4% (287) of cases from clusters & 34% (220) are close contacts. KK posted 312 cases with 204 from Kapayan prison, Tawau 78 (58 c/contacts), Kgu 39 (38-cluster) Kudat 35, Skn 33, Sptng 25, Bfort 24

— Masidi Manjun (@MasidiM) July 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya daripada keseluruhan 647 kes positif yang dilaporkan, 44.4 peratus atau 287 kes dikesan menerusi kluster sedia ada manakala 34 peratus bersamaan 220 kes hari ini dikesan menerusi kontak rapat.
Pada Sabtu, Sabah mencatatkan 647 kes positif COVID-19 sekali gus menyaksikan peningkatan 321 kes berbanding Jumaat dengan 326 kes.
Ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negeri itu kepada 74,479 setakat ini.
#COVID-19 di Sabah #Kluster Penjara Kepayan #kluster aktif di Sabah #kes baharu di Sabah #kes tinggi COVID-19 Sabah #kes di Kota Kinabalu #Masidi Manjun
;