COVID-19: KKMM nafi dakwaan daun semambu boleh rawat COVID-19
Najmi Syahiran Mamat
Mac 26, 2020 17:27 MYT
Mac 26, 2020 17:27 MYT
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada Khamis menafikan dakwaan seorang lelaki yang didapati positif COVID-19 telah melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang.
Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataan sama turut menafikan Kementerian Kesihatan mengiklankan jawatan kosong Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 di portal Kerjakosong.co.
Selain itu, kenyataan itu turut menafikan dakwaan amalan meminum rebusan daun semambu boleh memulihkan keadaan pesakit yang mempunyai simptom COVID-19 seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba, berkata rawatan dengan daun semambu pernah diuji untuk penyakit lain, bukan COVID-19, namun didapati tidak berkesan.
“Apa yang didakwa berkesan itu mungkin dalam satu atau dua kes (penyakit lain) malah mungkin tidak ada kena mengena langsung dengan daun semambu,” kata beliau yang juga, Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia Pasifik KL.
#berita palsu
#COVID19
#daun semambu
#daun semambu rawat covid
#Dr Awang Bulgiba
#Kementerian Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#koronavirus
#Menteri Sains Teknologi dan Inovasi
#pandemik
#Semak Fakta
#SemakFakta