COVID-19: KKM rekod 13 kluster baharu, 911 kluster masih aktif

Eton Khir
Oktober 7, 2021 11:50 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu COVID-19 hari ini dengan majoritinya melibatkan kluster tempat kerja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu COVID-19 hari ini dengan majoritinya melibatkan kluster tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, terdapat 911 kluster masih lagi aktif sementara 4,649 kluster telah tamat.
Negeri Johor merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu empat kluster dengan pecahan tiga kluster tempat kerja dan satu lagi melibatkan kluster komuniti.
Sementara Kelantan merekodkan tiga kluster dan Pahang dua kluster.
Tidak ketinggalan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah masing-masing mencatatkan satu kluster.
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #Kluster baharu