KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan pertambahan sebanyak 24 lagi kluster baharu menjadikan keseluruhan 2,025 kluster dikesan di Malaysia, setakat Ahad. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 24 kluster itu, enam adalah kluster keagamaan. 

Berikut adalah perincian bagi setiap kluster berkenaan:

1. Kluster Jarum Laut

- Melibatkan Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, Tangkak, Johor.
- Kluster ini merupakan kategori komuniti.
- Kes dikesan hasil saringan individu bergejala.


2. Kluster Taman Majupadu

- Melibatkan daerah Tangkak, Johor.
- Kluster ini merupakan kategori keagamaan.
- Indeks kes dikesan hasil saringan kes kematian.


3. Kluster Parit Dato Onn

- Melibatkan daerah Pontian, Johor.
- Kluster ini merupakan kategori keagamaan.
- Kes melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun, hasil saringan rentas negeri.


4. Kluster Jalan Kempas Dua

- Melibatkan daerah Muar, Johor.
- Kluster ini merupakan kategori tempat kerja.
- Dikenal pasti menerusi hasil saringan bersasar di tempat kerja.


5. Kluster Jalan Perindustrian Lima

- Melibatkan daerah Muar, Johor.
- Kluster ini melibatkan kategori tempat kerja.
- Kes indeks melibatkan seorang lelaki warga Nepal yang bergejala.


6. Kluster Jalan Enam Selatan

- Melibatkan daerah Sepang, Kuala Langat, Petaling, Cheras, Putrajaya, Seremban, Rembau dan Port Dickson.
- Kluster ini melibatkan kategori tempat kerja.
- Dikenal pasti  hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan KLIA S6, Sepang.


7. Kluster Kemuning Tujuh

- Melibatkan daerah Klang dan Petaling.
- Melibatkan kategori tempat kerja.
- Dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja di sebuah kilang yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam, Klang.


8. Kluster Jalan Bukit Puchong

- Melibatkan daerah Petaling.
- Kluster ini membabitkan kategori tempat kerja.
- Dikenal pasti hasil saringan bersasar yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Bandar Bukit Puchong, Petaling.


9. Kluster Jalan Desa Satu

- Melibatkan daerah Kuala Selangor.
- Kluster ini melibatkan kategori keagamaan.
- Melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun, hasil saringan individu bergejala.


10. Kluster Jalan Kilang Ubi

- Melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
- Kluster ini membabitkan kategori tempat kerja.
- Melibatkan pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, hasil saringan individu bergejala.


11. Kluster Industri Bukit Minyak

- Melibatkan dearah Seberang Perai Tengah.
- Kluster ini membabitkan kategori tempat kerja.
- Melibatkan pekerja Nepal, sebuah kilang yang teletak di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, hasil saringan individu bergejala.


12. Kluster Persiaran Cassia Selatan Dua

- Melibatkan daerah Seberang Perai Selatan.
- Kluster ini membabitkan kategori tempat kerja.
- Dikenal pasti menerusi hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di di Persiaran Cassia Selatan.


13. Kluster Dah Seri Perigi

- Melibatkan daerah Yan, Kedah.
- Kluster ini membabitkan kategori keagamaan.
- Kes indeks melibatkan seorang lelaki berusia 78 tahun yang dilaporkan positif COVID-19.


14. Kluster Bukit Temedak

- Melibatkan daerah Pakan, Sarawak.
- Kluster ini membabitkan kategori komuniti.
- Kes indeks merupakan seorang wanita berusia 29 tahun, saringan individu bergejala.


15. Kluster Taman Sourabaya Indah

- Melibatkan daerah Kuching, Sarawak.
- Kluster ini membabitkan kategori komuniti.
- Melibatkan satu perjumpaan keluarga sempena majlis sambutan perayaan.


16. Kluster Terendak Permai

- Melibatkan daerah Melaka Tengah, Melaka.
- Kluster ini membabitkan kategori keagamaan.
- Kes indeks melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun yang dilaporkan positif COVID-19.


17. Kluster Kampung Jakar

- Melibatkan daerah Machang, Kelantan.
- Kluster ini membabitkan kategori komuniti.
- Melibatkan seorang wanita berusia 41 tahun, hasil saringan individu bergejala.


18. Kluster Kampung Panggong

- Melibatkan daerah Pasir Puteh, Kelantan.
- Kluster ini membabitkan kategori komuniti.
- Kes indeks membabitkan seorang lelaki berusia  35 tahun dari Kampung Panggong, Pasir Puteh.


19. Kluster Jalan Mangga

- Melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kluster ini membabitkan kategori komuniti.
- Melibatkan satu majlis sambutan di Jalan Mangga, Kolombong, Kota Kinabalu.


20. Kluster Jalan Temiang

- Melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan.
- Kluster ini membabitkan kategori Kumpulan Berisiko Tinggi.
- Melibatkan pekerja dan penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Temiang, Seremban.


21. Kluster Simpang Juasseh

- Melibatkan daerah Jempol, Kuala Pilah dan Seremban, Negeri Sembilan.
- Kluster ini membabitkan kategori komuniti.
- Melibatkan kes indeks seorang wanita berusia 54 tahun hasil saringan kes kematian di Kampung Juasseh, Jempol.


22. Kluster Bandar Jalan Putra

- Melibatkan daerah Kuantan, Pahang.
- Kluster ini membabitkan kategori tempat kerja.
- Melibatkan kes indeks seorang wanita berusia 27 tahun, hasil saringan bergejala di sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan Putra Square 1, Kuantan.


23. Kluster Permai Sejahtera

- Melibatkan daerah Lipis dan Kuantan, Pahang.
- Kluster ini membabitkan kategori keagamaann
- Melibatkan indeks kes seorang lelaki berusia 63 tahun dari Taman Permai Sejahtera, Kuala Lipis.


24. Kluster Kampung Paroh

- Melibatkan daerah Besut, Terangganu.
- Kluster ini membabitkan kategori komuniti.
- Melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun Kampung Paroh, Padang Luas, Jerteh, Besut yang dilaporkan positif.