COVID-19: KKM kesan lima lagi kluster baharu, ini perinciannya

Hilmi Malik
November 5, 2020 10:54 MYT
KKM hari ini telah mengesan sebanyak lima lagi kluster baharu penularan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengesan sebanyak lima lagi kluster baharu penularan COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Sutera, Kluster Ria-30, Kluster Tamar, Kluster Intan dan Klsuter Danau.
BACA: COVID-19: 1,009 kes, enam kematian dan lima kluster baharu dilaporkan
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu yang dilaporkan:
• Kluster Sutera
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kes telah dikenal pasti hasil saringan individu-individu bergejala pada 2 November lalu.
- Kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring:-
- 15 kes dikesan positif COVID-19
- Enam (6) individu dikesan negatif; dan
- 11 individu masih menunggu keputusan.
• Kluster Ria-30
- Kluster ini melibatkan daerah Tuaran di negeri Sabah.
- Kes-kes dikenal pasti hasil saringan komuniti sejak 2 November.
- Kesemua kes dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Intan di Sepanggar, Sabah Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari sejumlah 254 individu telah disaring:-
- 11 kes dikesan positif COVID-19.
- 121 individu dikesan negatif.
- 122 individu masih menunggu keputusan.
• Kluster Tamar
- Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
- Kes ini dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 November.
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring:-
- 10 kes dikesan positif COVID-19.
- 57 individu dikesan negatif.
- 70 individu masih menunggu keputusan.
• Kluster Intan
- Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang.
- Kes ini melibatkan seorang individu bukan warganegara, di mana dia telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 29 Oktober lalu.
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak lapan lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 98 individu telah disaring:-
- Sembilan kes dikesan positif COVID-19
- 35 individu dikesan negatif.
- 54 individu masih menunggu keputusan.
• Kluster Danau
- Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes ini dikenal pasti hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 82 individu telah disaring:-
- Lapan kes dikesan positif COVID-19.
- 40 individu dikesan negatif.
- 34 individu masih menunggu keputusan.
#Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #COVID-19 #kes positif #koronavirus #Kementerian Kesihatan #Ketua Pengarah Kesihatan #Sabah #Kota Kinabalu #Kuala Lumpur #Selangor #Petaling #Titiwangsa #Timur Laut