COVID-19: KKM kesan enam lagi kluster baharu

Hilmi Malik
November 4, 2020 19:12 MYT
KKM hari ini memaklumkan terdapat enam lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan terdapat enam lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, Kluster Sepanggar, Kluster Aero, Kluster Lengkuk, dan juga Kluster Gading.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
BACA: COVID-19: 1,032 kes baharu, lapan kes kematian dilaporkan
Berikut merupakan perincian mengikut kesemua kluster berkenaan.
• Kluster Penjara Sandakan
- Kluster ini melibatkan sebuah penjara di daerah Sandakan, Sabah.
- Kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan banduan pada 27 Oktober 2020.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 38 lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Dialisis
- Kluster ini melibatkan daerah Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.
- Kes-kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif pada 23 Oktober COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan .
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
• Kluster Sepanggar
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kes-kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Aero
- Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
- Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 3 November.
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Lengkuk
- Kluster ini melibatkan daerah Sepang di Selangor dan daerah Seremban, Port Dickson serta Rembau, Negeri Sembilan.
- Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19.
- Kes-kes tersebut dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Hospital Rembau dan Hospital Tampin.
• Kluster Gading
- Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Seremban, Negeri Sembilan.
- Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 29 Oktober.
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak enam lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #kes positif #Noor Hisham Abdullah #Kluster baharu #Ketua Pengarah Kesihatan #Kluster Penjara Sandakan #Kluster Dialisis #Kluster Sepanggar #Kluster Aero #Kluster Lengkuk #Kluster Gading
;