COVID-19: KKM kesan enam kluster baharu libatkan Selangor, KL dan Sabah

Faris Danial Razi
Januari 8, 2021 19:20 MYT
Sebanyak 576 kluster telah dilaporkan termasuk enam kluster baharu pada Jumaat, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 576 kluster telah dilaporkan termasuk enam kluster baharu pada Jumaat, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 257 kluster.
Kluster yang disahkan hari ini melibatkan beberapa buah negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.
BACA: Malaysia rekod kes kematian COVID-19 tertinggi, 2,643 kes baharu
1. KLUSTER JALAN KLINIK
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang.
- Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 448 individu telah disaring, di mana 132 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER TAPAK BINA HEVEA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
- Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER BUKIT BELIMBING
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat.
- Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 912 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER KAURAN
- Kluster ini melibatkan daerah Keningau di Sabah.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108646) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.
- Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 423 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER KAPITAL
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126879) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER SETAPAK INDAH
- Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126802) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kendiri.
- Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 319 kluster, termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bomba, Kluster Makmur, dan Kluster Tapak Bina Galeri.
#Kuala Lumpur #Kementerian Kesihatan #KKM #COVID-19 #kesihatan #Kluster baharu #enam kluster
;