COVID-19: KKM kesan dua lagi kluster baharu

Hilmi Malik
Disember 7, 2020 11:05 MYT
Dua lagi kluster baharu dikenal pasti sebagai Kluster Malawati dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenal pasti dua lagi klsuter baharu COVID-19 yang dikenalai sebagai Kluster Malawati dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah.
Berikut merupakan perincian bagi kedua-dua kluster berkenaan.
1) Kluster Malawati
- Kluster ini dikesan di daerah Kuala Selangor, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 30 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 143 individu telah disaring, 14 kes lagi dikesan positif COVID-19.
2) Kluster Tapak Bina Awan Lembah
- Kluster ini melibatkan daerah berikut: Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur; serta Klang, Selangor
- Kes ini dikesan positif pada 4 Disember hasil saringan individu bergejala dan kendiri.
- Kes ini melibatkan pekerja sebuah tapak pembinaan di kawasan tersebut.
- Seramai 441 individu disaring, 35 kes lagi dikesan positif COVID-19.
Setakat ini, sebanyak 187 kluster dilaporkan masih aktif dan daripada jumlah itu terdapat 51 kluster mencatatkan pertambahan kes.
Kluster yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi terdiri daripada Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes, Kluster Batu Tujuh (53), dan Kluster Tembok (49).
BACA: COVID-19: 1,600 kes baharu, dua kes kematian
#KKM #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #koronavirus #Kluster baharu