COVID-19: KKM kenal pasti empat lagi kluster baharu

Hilmi Malik
Disember 3, 2020 19:49 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan empat lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Monsoon, Kluster Jalan Kilang, Kluster Perdana Enam, dan Kluster Jalan Kubota. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan empat lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Monsoon, Kluster Jalan Kilang, Kluster Perdana Enam, dan Kluster Jalan Kubota.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster baharu yang dilaporkan:
1. Kluster Monsoon
- Kluster ini melibatkan daerah Petaling Jaya, Selangor.
- Kes dilaporkan positif pada 29 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 106 individu disaring, 19 kes lagi dikesan positif.
2. Kluster Jalan Kilang
- Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu, Sabah.
- Kes dikesan positif pada 15 November hasil saringan tempat kerja di sebuah kilang.
- Seramai 104 individu disaring, 24 kes lagi dikesan positif.
3. Kluster Perdana Enam
- Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu, Sabah.
- Kes dikesan positif pada 22 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 213 individu disaring, 25 kes lagi dikesan positif.
4. Kluster Jalan Kubota
- Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah.
- Kes dikesan positif pada 25 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 72 individu disaring, 14 kes lagi dikesan positif.
BACA: COVID-19: 11 kematian, 1,075 jangkitan baharu, Lembah Klang 508 kes
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
#KKM #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #koronavirus #kesihatan #Petaling Jaya #Lahad Datu
;