COVID-19: KKM kenal pasti dua kluster baharu

Hilmi Malik
Disember 8, 2020 19:06 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kenal pasti pertambahan dua kluster baharu. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti pertambahan dua lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Seruling dan Kluster Tapak Bina Darul.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan:
1. Kluster Seruling
- Kluster ini melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling, Selangor.
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Disember hasil saringan tempat kerja.
- Seramai 2,267 individu disaring, 109 kes lagi dikesan positif.
2. Kluster Tapak Bina Darul
- Kluster ini dikesan di beberapa daerah seperti berikut:
(Titiwangsa, Cheras, Lembah Pantai, Petaling, Sepang, Kuala Langat, Klang)
(Seremban, Negeri Sembilan)
- Kesemua kes dikesan positif COVID-19 pada 6 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja dan tapak binaan.
- Seramai 240 individu disaring, 14 kes lagi dikesan positif.
Sehingga 8 Disember, sebanyak 392 kluster dilaporkan termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.
Setakat ini, sebanyak 185 kluster dilaporkan masih aktif.
BACA: COVID-19: 1,012 jangkitan baharu, empat kematian, Selangor 417 kes
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
#COVID-19 #KKM #Kluster baharu #koronavirus #Dr Noor Hisham Abdullah
;