COVID-19: KKM kekal guna tiga strategi lakukan saringan

Bernama
Mei 14, 2020 05:01 MYT
DR NOOR HISHAM: Walaupun kami berupaya melakukan ujian, kami tidak menjalankan ujian untuk semua orang. -Gambar fail
Strategi Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai saringan COVID-19 adalah menggunakan sumber berimpak tinggi, hasil yang tinggi dengan kos berpatutan dan bukannya melakukan saringan ke atas setiap individu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata KKM menyasarkan kepada tiga strategi berbanding melakukan saringan ke atas setiap orang kerana kekerapan untuk menguji tidak dapat diramalkan.
"Ini adalah strategi kami daripada menguji setiap individu, kami tidak tahu berapa kerap hendak lakukan ujian.
"Walaupun kami berupaya melakukan ujian, kami tidak menjalankan ujian untuk semua orang," katanya dalam sidang media harian KKM, di sini, Khamis.
Dr Noor Hisham berkata pekerja asing adalah satu daripada kumpulan sasaran KKM, tetapi hanya yang berada di zon merah yang akan disaring.
Beliau berkata majikan digalak untuk menyaring pekerja mereka terutama warga asing dan menambah tidak perlu untuk jalankan ujian ke atas individu yang berada di zon hijau seperti di Perlis, yang tidak melaporkan kes baharu lebih dua minggu.
#KKM #koronavirus #Noor Hisham Abdullah #pekerja asing #saringan #saringan ke atas setiap individu #sumber berimpak tinggi #tiga strategi #warga asing
;