COVID-19: KKM akui berlaku peningkatan kes di pusat dialisis

Hilmi Malik
Januari 13, 2021 20:59 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui wujud pertambahan kes melibatkan beberapa pusat rawatan dialisis. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui wujud pertambahan kes melibatkan beberapa pusat rawatan dialisis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini disebabkan faktor keadaan jangkitan COVID-19 yang telah merebak dalam kalangan komuniti.
“Kadang-kadang mereka datang ke hospital dan jangkiti pesakit lain dan itu sebab kita tidak galakkan pelawat datang ke hospital buat masa ini.
BACA: COVID-19: 2,985 kes baharu, empat kematian, 197 di ICU
"Kadang-kadang mereka ini datang dalam keadaan yang bergejala dan jangkiti orang lain sebelum keputusan makmal dikeluarkan,” katanya dalam sidang media pada Rabu di Putrajaya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, wujud juga jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan dan mengharapkan agar pelawat tidak menghadirkan diri ke hospital dalam ketika kes ini.
#Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #COVID-19 #petugas kesihatan #pusat dialisis #Hospital
;