COVID-19: Keupayaan ujian makmal boleh ditingkatkan kepada 20,000 sehari - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
April 25, 2020 17:53 MYT
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata perbincangan sudah dijalankan berhubung tempahan tersebut.
Keupayaan ujian makmal COVID-19 di negara ini boleh ditingkatkan daripada 15,000 kepada 20,000 ujian dengan menggunakan kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun 200,000 unit kit ujian pengesanan antigen tersebut yang ditempah sepatutnya tiba semalam, mengalami sedikit kelewatan.
“Jadi, kita jangkakan (kit ujian) akan sampai pada minggu depan jadi dan kalau kit ujian itu sampai kita boleh guna untuk hospital-hospital kita.
“Sekarang ini kalau lihat kepada keupayaan untuk kita menjalankan ujian makmal, kita telah mencapai iaitu 16,385 iaitu menggunakan RT-PCR dan semalam (Jumaat) berjaya (melakukan) ujian 14,997 iaitu hampir 15,00,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
BACA: COVID-19: 99 kes pulih, 51 kes baharu dan dua kematian
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata perbincangan sudah dijalankan berhubung tempahan tersebut.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan menambah 200,000 unit lagi, dengan setiap unit kit itu bernilai antara AS$5 hingga AS$6 (antara RM21.64 hingga RM25.97).
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #KKM #Korea #Korea Selatan #Media #Noor Hisham Abdullah
;