COVID-19: Kesihatan Hadi Awang semakin baik - Anak

Bernama
Mac 22, 2022 09:33 MYT
Muhammad Khalil berkata bapanya yang berusia 75 tahun hanya mengalami gejala ringan, iaitu demam, batuk dan selesema. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Keadaan kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang telah disahkan positif COVID-19 Ahad lepas, kini semakin baik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil, yang juga anak Abdul Hadi, berkata Ahli Parlimen Marang itu sedang menjalani kuarantin di kediamannya selama tujuh hari.
"Baru malam tadi saya bercakap dengan beliau (Abdul Hadi), keadaannya semakin baik, demam pun semakin sembuh," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
BACA: Hadi Awang positif COVID-19 - Anak
Muhammad Khalil berkata bapanya yang berusia 75 tahun hanya mengalami gejala ringan, iaitu demam, batuk dan selesema.
-- BERNAMA
#Abdul Hadi Awang #COVID-19 #kuarantin #Muhammad Khalil