KUALA LUMPUR: Kes sembuh harian COVID-19 sebanyak 31,234 kes yang dilaporkan semalam mengatasi kes baharu 26,534 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut Dr Noor Hisham daripada jumlah keseluruhan 26,534 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam, 99.34 peratus atau 26,538 kes merupakan kategori satu dan dua.
Sebanyak 10,516 kes atau 39.63 peratus daripada kes COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah dalam kategori satu sementara 15,842 kes atau 59.71 peratus dalam kategori dua, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 176 kes yang dicatatkan semalam atau 0.66 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.
Beliau berkata sebanyak 65 kes atau 0.24 peratus masing-masing dalam kategori tiga dan empat sementara 46 kes atau 0.18 peratus dalam kategori lima.
Katanya kadar kebolehjangkitan (Rt) yang dicatatkan bagi seluruh negara semalam ialah 0.95, menurun sedikit berbanding 0.96 pada Isnin.
Merujuk kepada peratus penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) beliau berkata tidak ada negeri yang mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.
Bagi katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) Dr Noor Hisham berkata tujuh negeri merekodkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus.
Tujuh negeri tersebut ialah Kuala Lumpur (81 peratus), Putrajaya (67 peratus), Johor (64 peratus), Selangor (60 peratus), Kelantan (58), Perlis (55 peratus) dan Melaka (50).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 176 kes yang dicatatkan semalam atau 0.66 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

170 kes kolera direkod di Angola
Dalam tempoh 24 jam lepas, tiga kematian akibat kolera dan 51 kes baharu telah dilaporkan.

Polis kesan tujuh kes guna dron edar dadah masuk penjara
Penggunaan dron untuk tujuan mengedar dadah di dalam penjara dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Varian COVID-19 JN.1 kini menular di AS
Varian baharu COVID-19 JN.1 kini merebak dengan pantas di AS sekali gus menjadi penyumbang kepada kes baharu di negara terbabit.

Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.

COVID-19: 223 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,380 kes aktif dilaporkan pada Sabtu dan daripada jumlah itu, 9,077 kes atau 96.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 251 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,350 aktif dilaporkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 9,012 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat
Sejumlah 9,296 kes aktif dilaporkan pada Khamis dan daripada jumlah itu, 8,964 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat
Sejumlah 9,253 kes aktif dilaporkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 8,916 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat
Kes aktif adalah sebanyak 9,239 kes di mana 8,934 kes atau 96.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Khamis meningkat sedikit kepada 9,256 dengan 8,896 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.