COVID-19: Kes kematian tiga angka, kes baharu 6,658

Faris Danial Razi
Julai 3, 2021 15:47 MYT
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara menjadi 772,607.
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 masih lagi melebihi 6,000 dengan pertambahan 6,658 kes positif baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kepada 772,607.
Selangor kekal menjadi negeri tertinggi dengan peningkatan kes melebihi 3,000 iaitu sebanyak 3,047 dan diikuti Negeri Sembilan dengan 699 kes, Kuala Lumpur dengan 616 kes dan Johor menyumbang 414 kes.
Pada masa sama, sejumlah 5,677 lagi kes sembuh direkodkan dengan menjadikan jumlah keseluruhan kini 700,215.
Jumlah kes aktif dalam negara hari ini melonjak kepada tiga angka dengan seramai 107 lagi disahkan meninggal dunia akibat COVID-19.
Untuk itu, kes kematian dalam negara bertambah kepada 5,434 setakat 3 Julai 2021.

Status terkini #COVID19, 3 Julai 2021. Moga dengan pelaksanaan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur selama dua minggu bermula hari ini dapat menurunkan angka kes jangkitan #COVID19.@KKMPutrajaya#AWANInews #HapusCOVID19 pic.twitter.com/HORWZ3pLI9

— Astro AWANI (@501Awani) July 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #kes positif #Dr Noor Hisham #selangor tertinggi
;