COVID-19: Kes harian terus menurun dengan 6,623 kes baharu

Hafizi Rosli
April 18, 2022 10:20 MYT
Daripada jumlah itu, 6,581 kes adalah dari kategori satu dan dua, manakala 42 kes adalah dalam kategori tiga, empat, dan lima. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 selepas negara merekodkan 6,623 kes baharu pada Ahad berbanding 9,705 pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, 6,581 kes (99.37%) adalah dari kategori satu dan dua, manakala 42 (0.63%) kes adalah dalam kategori tiga, empat, dan lima.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 6,610 kes adalah jangkitan tempatan, manakala 13 kes adalah kes import.
Sebanyak 126 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 11,233 kes.
Semalam enam kluster baharu direkodkan, namun 120 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.89.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kes harian #ICU
;