COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad

Hafizi Rosli
Mei 16, 2022 12:20 MYT
Daripada jumlah itu, 3 adalah kes import manakala selebihnya adalah penularan tempatan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes harian COVID-19 apabila negara merekodkan 2,239 kes baharu pada Ahad.
Daripada jumlah itu, 3 adalah kes import manakala selebihnya adalah penularan tempatan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.
Berdasarkan laman COVIDNOW, sebanyak 1,263 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4.41 juta kes.
Sebanyak 30,735 kes aktif dilaporkan melibatkan 29,516 kes dikuarantin di rumah, empat kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sejumlah 1,170 individu ditempatkan di hospital, dengan 45 kes di unit rawatan rapi ICU.
23 kes daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.
#COVID-19 #ICU #kes harian #jangkitan
;