COVID-19: Kes harian kembali menurun bawah 4,000

Astro Awani
Disember 15, 2021 07:39 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes tersebut menjadikan angka kumulatif kes COVID-19 dalam negara bertambah kepada 2,703,140.
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 kembali menurun kepada bawah angka 4,000 selepas 3,900 lagi invididu disahkan positif dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes tersebut menjadikan angka kumulatif kes COVID-19 dalam negara menolak naik kepada 2,703,140.
Daripada 3,900 kes harian dilaporkan, hanya 86 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala selebihnya 3,814 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Kes sembuh sekali lagi mengatasi kes positif dengan 4,552 lagi kes pulih disahkan dengan menjadikan jumlah keseluruhan kini 2,615,162.
Tambah Dr Noor Hisham, kes yang memerlukan di unit rawatan rapi (ICU) kini adalah 384 kes dengan 213 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, terdapat pertambahan tujuh kluster disahkan dan ini membawa jumlah kluster aktif pada angka 246.

Pada 15 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,900 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,703,140 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #kes positif