COVID-19: Kes baharu tertinggi, ini lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham

Astro Awani
Oktober 5, 2020 17:40 MYT
Dr Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan kes tertinggi dalam sejarah dengan 432 kes baharu.
KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 baharu tertinggi setakat ini dengan 432 kes pada Isnin.
Berikut adalah antara tumpuan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada hari ini:
1) Terdapat 432 kes baharu pada Isnin, jumlah kes tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 12,813 kes.
2) Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.
3) 57 kes dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 10,340 kes.
4) Tiada kematian baharu direkodkan, jumlah kematian kekal 137 kes.
5) Tiga kluster baharu dikesan di Kedah dan Terengganu.
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #PKP #PKPP #kes baharu
;