COVID-19: Kes baharu tertinggi direkodkan. Ini lima tumpuan sidang media KKM
Astro Awani
Januari 6, 2021 19:32 MYT
Januari 6, 2021 19:32 MYT
PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 tertinggi pada hari ini. Pada masa sama, terdapat pertambahan empat lagi kematian akibat COVID-19 serta 13 kluster baharu dilaporkan.
Berikut lima tumpuan sidang media mengenai COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:
1. 2,593 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia 125,438 kes.
2. Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 965 kes.
3. Bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,129 kes.
4. Empat lagi kes kematian COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 513 kes.
5. 13 lagi kluster baharu dikenal pasti.