COVID-19: Kes baharu catat penurunan mendadak kepada 2,437

Astro Awani
Ogos 15, 2022 07:40 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,203 dan 96 peratus atau 40,525 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu covid-19 pada isnin menunjukkan penurunan mendadak kepada 2,437 kes, berbanding 3,045 kes hari sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.737 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes kematian pada Isnin naik ke lapan berbanding lima yang dicatatkan hari sebelumnya.
Dua daripadanya merupakan kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,203 dan 96 peratus atau 40,525 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,566 kes dirawat di hospital dengan 81 kini ditempatkan di wad ICU di mana 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,658 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW
;