COVID-19: Kes baharu 19,057, Selangor masih tertinggi, 362 kematian

Astro Awani
September 4, 2021 07:49 MYT
Malaysia merekodkan 19,057 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,824,439, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 19,057 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,824,439.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menjadi negeri penyumbang jangkitan baharu tertinggi dengan 3,775 kes.
Ini diikuti Sarawak (2,723 kes), Sabah (2,279 kes), Johor (2,077 kes), Pulau Pinang (1,558 kes), Perak (1,450 kes) Kelantan (1,434 kes) dan Kedah (1,329 kes).

Sehingga 4 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,057 kes (1,824,439 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 3,775 (619,167) WPKL - 711 (175,994) Sabah - 2,279 (157,285) Johor - 2,077 (147,193) Sarawak - 2,723 (127,151) Kedah - 1,329 (105,881)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, sepanjang 24 jam lalu, 362 kematian akibat COVID-19 direkodkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak ini ialah 17,883.
Dalam masa sama, 21,582 lagi kes pulih dilaporkan sekali gus menjadikan individu yang kembali sembuh adalah seramai 1,550,254.
Manakala, jumlah kes aktif COVID-19 di Malaysia adalah pada angka 256,302.
Turut dilaporkan ialah, 978 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 460 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Status terkini #COVID19, 4 Sept 2021 Kes sembuh= 21,582 Jumlah kes sembuh= 1,550,254 Kes baharu positif= 19,057 (10 import) Jumlah positif= 1,824,439 Kes kematian= 362 Jumlah kes kematian= 17,883 Kes dirawat di ICU= 978 Bantuan alat pernafasan= 460 pic.twitter.com/4ETgcWO1d9

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #Noor Hisham Abdullah #Malaysia