COVID-19: Kerajaan sekat kemasukan dari 4 lagi negara
Astro Awani
Mei 5, 2021 21:24 MYT
Mei 5, 2021 21:24 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan menambah sekatan perjalanan pengembara dari empat lagi negara, iaitu Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka, daripada memasuki Malaysia, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri menjelaskan sebelum ini kerajaan telah menyekat kemasukan warga India ke negara ini dalam usaha mencegah penularan varian baharu COVID-19 dari negara itu.
"Kerajaan juga hari ini bersetuju untuk menambah sekatan ke atas pengembara warga Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka memasuki Malaysia melibatkan semua kategori pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, Pelawat Perniagaan Antarabangsa (Business Travellers) dan Lawatan Sosial.
"Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pemegang pasport diplomatik dan rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Konvesyen Vienna Berkenaan Hubungan Diplomatik pada 1961," katanya menerusi kenyataan harian pelaksanaan PKP pada Rabu.
Ismail Sabri menjelaskan, pengembara kategori berkenaan dipertimbangkan untuk memasuki negara ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan
#Bangladesh
#Pakistan
#Nepal
#Sri Lanka
#sekat
#kemasukan
#sekatan perjalanan
#India
#varian baharu
#COVID-19