COVID-19: Keputusan benarkan kilang arak beroperasi dibatalkan - Annuar Musa

Astro Awani
April 6, 2020 05:29 MYT
Annuar Musa memaklumkan kerajaan membatalkan pengecualian yang diberikan oleh KPDNHEP kepada sebuah syarikat minuman keras untuk beroperasi ketika tempoh PKP ini. - Gambar fail
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan kerajaan sudah membatalkan pengecualian yang diberikan kepada sebuah syarikat minuman keras untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi akaun Twitternya, Annuar memaklumkan keputusan pembatalan itu dibuat pagi ini kerana ia tidak selari dengan dasar yang ditetapkan kerajaan.
"Sudah dibatalkan pagi ini..kerana tak selari dengan dasar yang ditetapkan kerajaan," ciap Annuar.

Sudah di batalkan pagi ini..kerana tak selari dgn dasar yg di tetapkan kjaan https://t.co/hZ9ytTiAXm

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini Annuar dan beberapa pemimpin UMNO dan Pas membidas keputusan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi pengecualian kepada sebuah syarikat minuman keras untuk beroperasi dalam tempoh PKP ini.
Sepucuk surat dari KPDNHEP memberi pengecualian kepada sebuah syarikat minuman keras untuk beroperasi dalam tempoh PKP ini tular di media sosial pada Ahad.
Surat bertarikh 31 Mac itu menyatakan pihak kementerian mendapati permohonan dari syarikat tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan.
BACA: COVID-19: Pemimpin UMNO dan Pas bantah keputusan benarkan syarikat arak beroperasi
#Annuar Musa #arak #batal #Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna #kerajaan #KPDNHEP #pengecualian #perintah kawalan pergerakan #PKP