COVID-19: Kanak-kanak dan bayi juga golongan berisiko

Asyraf Roslan
Mei 16, 2020 17:15 MYT
Selangor mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu sebanyak 77 kes
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan selain warga emas, golongan kanak-kanak merupakan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti wabak COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga 16 Mei 2020, terdapat 317 kes positif COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
"Sehingga 16 Mei 2020, terdapat 317 kes positif COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah," katanya semasa sidang media harian KKM di Putrajaya.
Pada masa sama, beliau turut menyatakan bahawa Selangor mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu sebanyak 77 kes.
Ia diikuti oleh Negeri Sembilan (48 kes), Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28 kes), dan Sabah (26 kes).
#COVID-19 #Kanak-kanak #Kementerian Kesihatan #KKM #Kuala Lumpur #Negeri Sembilan #Putrajaya #warga emas
;