COVID-19: Kakitangan positif, Puspakom Kota Kinabalu ditutup bermula hari ini
Bernama
Mei 26, 2021 07:41 MYT
Mei 26, 2021 07:41 MYT
KUALA LUMPUR: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) cawangan Kota Kinabalu akan ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak berikutan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
Puspakom dalam kenyataan malam tadi berkata langkah penutupan serta-merta itu dilakukan agar proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh dapat dilaksanakan di premis itu.
"Proses pengesanan kontak sedang dijalankan dan semua kakitangan cawangan akan menjalani ujian saringan COVID-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan tersebut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Puspakom akan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kenderaan yang tamat tarikh pemeriksaan dalam tempoh penutupan tersebut.
"Bagi pelanggan yang mempunyai janji temu di Puspakom Kota Kinabalu, semua bayaran janji temu pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik," menurut kenyataan itu dengan menambah pembukaan semula cawangan itu akan diumumkan melalui saluran media sosialnya.
-- BERNAMA
#COVID-19
#Kota Kinabalu
#JPJ
#ujian saringan
#Puspakom
#tutup
#kakitangan
#kes positif
#kuarantin
#pengesanan kontak
#sanitasi
#pembersihan
#pemeriksaan kenderaan
#janji temu pemeriksaan
#bayaran