COVID-19: Kajian ujian saringan air liur selesai, sensitiviti lebih 90% - Dr Noor Hisham

Afiezy Azaman
Julai 7, 2021 03:05 MYT
IMR telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Institut Kajian Perubatan (IMR) telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kaedah ujian saringan COVID-19 itu mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.
"Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperincikan panduan pengunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Rabu.

Dua ujian kendiri (Rapid Antigen test) air liur telah selesai dikaji oleh IMR untuk saringan Covid-19. Kedua-dua mempunyai sensitiviti melebhi 90%. MDA sedang memperincikan panduan pengunaan dan InshaAllah akan selesai minggu depan.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Dr. Noor Hisham menyatakan kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 akan tersedia di pasaran dalam tempoh terdekat.
Menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu berkenaan tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan COVID-19.
Dua kit ujian akan diperkenalkan dan dijual di farmasi.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #ujian saringan #COVID-19 #kit ujian air liur #KKM