COVID-19: Kadar vaksinasi terus catat prestasi memberangsangkan, 434,828 dos diberi pada 14 Julai
Astro Awani
Julai 15, 2021 09:12 MYT
Julai 15, 2021 09:12 MYT
NEGARA terus mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan mencatat dos suntikan vaksin melebihi 400,000 untuk hari ketiga berturut-turut.
Menurut lampiran yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 434,828 dos diberikan pada 14 Julai, rekod tertinggi setakat ini.
Daripada jumlah itu, 279,938 individu menerima dos pertama, manakala 154,890 lagi lengkap dos kedua.
Selangor terus catat perkembangan baik apabila merekodkan jumlah pemberian suntikan tertinggi harian dengan 87,284 bagi dos pertama diikuti Kuala Lumpur dengan 48,343.
Dengan jumlah pemberian vaksin terbaharu itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan dos pertama dan dos kedua adalah 12.64 juta.
Mengikut jumlah populasi, 26.5 peratus (8,644,292) sudah melengkapkan dos pertama dengan 12.3 peratus (4,003,266) sudah melengkapkan kedua-dua dos.
Bagi jumlah populasi mengikut pemberian negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Selangor mencatatkan 39.6 peratus manakala Sarawak merekodkan 51.8 peratus bagi dos pertama.
#Kuala Lumpur
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#dos pertama
#dos kedua
#bekalan vaksin
#JKJAV
#dos suntikan