COVID-19: Kadar kebolehjangkitan naik ke 1.09, Kelantan tertinggi

Astro Awani
Ogos 6, 2021 06:35 MYT
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan.
Pada Jumaat, ia naik ke 1.09 berbading 1.08 hari sebelumnya.
Kelantan catat kadar tertinggi dengan 1.28 diikuti Sabah, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang.
Seterusnya Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Sarawak, Pahang dan Melaka.
Sementara itu Labuan dan Perlis masing-masing catat sembilan kes baharu.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#kadar kebolehjangkitan #R-Naught #purata kebangsaan #kes positif
;