COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kembali meningkat, Sarawak tertinggi
Astro Awani
September 16, 2021 05:53 MYT
September 16, 2021 05:53 MYT
KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia kembali catat trend peningkatan sejak 3 hari lalu.
Pada Khamis angka itu kembali meningkat kepada 0.98 berbanding 0.97 hari sebelumnya.
Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak kekal merekodkan kadar tertinggi dengan 1.11, diikuti Perak, Terengganu, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.
Sementara itu, Sabah, Melaka, Kedah, Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok mencatatkan 11 kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.