COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal, Sarawak tertinggi

Astro Awani
September 6, 2021 06:50 MYT
Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.19, diikuti Johor, Perlis, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah, Kedah dan Pahang.
KUALA LUMPUR: Malaysia terus rekodkan trend menurun bagi kadar kebolehjangkitan COVID-19 bagi purata seminggu.
Kadar itu kekal 0.96 untuk hari kedua berturut-turut.
Bagaimanapun, sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.19, diikuti Johor, Perlis, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah, Kedah dan Pahang.
Sementara itu, Putrajaya, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.
Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya lima kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Sarawak
;