COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal, Perlis tertinggi
Astro Awani
Ogos 20, 2021 06:30 MYT
Ogos 20, 2021 06:30 MYT
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal untuk hari keempat berturut-turut dengan kadar 1.04 sejak Selasa.
Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.38 diikuti Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Seterusnya Kedah, Perak, Johor, Pahang, Melaka dan Terengganu.
Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.
Labuan pula catat satu kes baharu.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.