COVID-19: Kadar kebolehjangkitan catat trend menurun, Perlis tertinggi

Astro Awani
September 4, 2021 05:01 MYT
Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.17.
KUALA LUMPUR: Malaysia terus rekodkan trend menurun bagi kadar kebolehjangkitan COVID-19 selama empat hari berturut-turut.
Angka itu mencatatkan 0.95 pada Sabtu, berbanding 0.96 hari sebelumnya.
Bagaimanapun, sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.17, diikuti Sarawak, Johor, Kelantan, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, Kedah dan Pahang.
Sementara itu, Putrajaya, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.
Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya sembilan kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Perlis
;