KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan jumlah tempat duduk perkhidmatan penerbangan penumpang akan berkurangan antara -72.8 peratus dan -75.6 peratus tahun ini, susulan impak COVID-19.
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata berdasarkan semakan semula unjuran senario trafik penumpang Malaysia 2020 MAVCOM, peratusan itu menyaksikan jumlah penumpang akan berkurangan kepada 26.6 juta hingga 29.7 juta berbanding 109.2 juta penumpang, tahun lepas.
Jelas beliau, syarikat penerbangan dijangka memerlukan tempoh tiga tahun untuk pulih sepenuhnya daripada impak wabak itu, namun tertakluk kepada situasi semasa penularan wabak di dalam dan luar negara.
"Sebagai persediaan kepada pembukaan sektor pengangkutan udara, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi bersetuju antara lain supaya Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) mengurangkan caj pendaratan dan parkir pesawat melalui mekanisme kontrak," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) mengenai mekanisme yang dirangka kementerian itu bagi membantu dan memulihkan semula industri penerbangan tambang murah.
Hasbi berkata selain pengurangan caj pendaratan dan parkir pesawat, kementerian telah menyenaraikan beberapa syor kepada Economic Advisory Council (Majlis Penasihat Ekonomi), bagi mengatasi masalah pekerja sektor penerbangan yang hilang pekerjaan dan membantu syarikat penerbangan.
Antara syor itu ialah pengecualian had bilangan pekerja sektor itu yang layak menerima bantuan kewangan menerusi Program Subsidi Upah di setiap syarikat, insentif kewangan bagi promosi dan pemasaran tiket serta rebat utiliti penerabangan dan operator lapangan terbang.
"Selain itu, peruntukan geran sepadan untuk promosi dan insentif penerbangan bagi menggalakkan penerbangan ke Malaysia dan pengurangan sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja oleh majikan dari 13 peratus kepada 10 peratus bagi sektor itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 15 2020

Syarikat penerbangan dijangka memerlukan tempoh tiga tahun untuk pulih sepenuhnya daripada impak COVID-19, namun tertakluk kepada situasi semasa penularan wabak di dalam dan luar negara. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kendalian kargo Pelabuhan Pulau Pinang naik 0.77 peratus pada 2024 - Hasbi
Pelabuhan Pulau Pinang mencatat prestasi pengendalian kargo yang meningkat sebanyak 0.77 peratus iaitu 32.33 juta tan berat muatan pada 2024.

Parlimen: Baki 19 pesawat Airbus A330neo diterima mulai bulan ini
Baki 19 lagi pesawat Airbus A330neo yang dibeli syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG), dijangka mula diterima bulan ini hingga 2026.

Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.

Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.

MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.

Program MyLesen B2 langkah lahirkan penunggang motosikal kompeten, celik undang-undang
Di bawah program ini, golongan belia dan B40 berpeluang dapat lesen B2 secara percuma dan kerajaan menyasarkan 35,000 penerima tahun ini.

Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.

Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.

Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.

Kementerian Pengangkutan akan tubuh Majlis Pelayaran
Kementerian Pengangkutan bersedia menubuhkan Majlis Pelayaran bagi memajukan industri itu di Malaysia dan langkah tersebut dijangka mampu meningkatkan sektor pelancongan negara dengan ketara.