COVID-19: Jumlah kes meningkat sedikit kepada 4,543

Hilmi Malik
November 8, 2021 14:49 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 35 kes berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angka kes baharu COVID-19 mencatat peningkatan sedikit berbanding Ahad iaitu sebanyak 4,543 kes dilaporkan untuk tempoh 24 jam lalu.
Angka itu menjadikan keseluruhan kes di negara ini kini menjadi 2,510,852 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 35 kes berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam.
Manakala jumlah kumulatif bagi kes kematian setakat ini adalah sebanyak 29,291 kes.
Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini menempatkan seramai 534 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 263 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh hari ini masih melebihi angka kes baharu iaitu sebanyak 7,348 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih kini 2,419,743.
Sebahagian besar kes yang dilaporkan masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 97.5 peratus.
Manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 2.5 peratus atau bersamaan 112 kes.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jumlah kumulatif #COVIDNOW
;