COVID-19: Jumlah kes baharu meningkat, kematian catat penurunan

Hafizi Rosli
Jun 27, 2022 03:20 MYT
Purata kadar kebolehjangkitan COVID-19 (nilai Rt) menurun sebanyak 1.9 peratus - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-25 dari 19 hingga 25 Jun meningkat sebanyak 10.9 peratus atau 14,195 kes kepada 15,739 kes berbanding pada minggu sebelumnya (ME ke-24)
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan, bilangan kes kematian pada ME ke-25 mencatat penurunan sebanyak 38.1 peratus iaitu 13 kes berbanding 21 kes pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME ke-24 pula meningkat sebanyak 12.1 peratus iaitu 26,946 kes berbanding ME ke-24 manakala jumlah kumulatif kes baharu kini 4,554 juta.
Purata kadar kebolehjangkitan COVID-19 (nilai Rt) menurun sebanyak 1.9 peratus.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 11 peratus.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 tiada perubahan berbanding minggu sebelumnya termasuk katil bukan kritikal, katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan katil di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #kes baharu #kematian