COVID-19: Jumlah kes aktif kini lepasi 25,000, ini perincian sidang media KKM
Faris Danial Razi
Januari 7, 2021 18:38 MYT
Januari 7, 2021 18:38 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia buat pertama kalinya mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 25,000 yang mana sejumlah 25,742 kes disahkan setakat ini.
Berikut adalah perincian pertambahan kes mengikut kepada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, paa Khamis, 7 januari 2021:
1) Kes tertinggi pernah direkodkan, iaitu 3,027 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia 128,465.
2) Johor lapor kes harian tertinggi dengan 1,103 kes, diikuti Selangor (706 kes), Sabah (493 kes), dan Kuala Lumpur (316 kes).
3) Jumlah kes aktif dalam negara meningkat kepada 25,221.
4) Lapan kes kematian disahkan, menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 dalam negara 521 kes.
5) Sejumlah sembilan lagi kluster baharu dicatatkan melibatkan negeri Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak.
#Kuala Lumpur
#kes positif
#COVID-19
#Malaysia
#KKM
#Putrajaya
#kes harian tertinggi
#kes aktif melebihi kapasiti
#kapasiti hospital
#kes aktif COVID-19